Endok Sempo Mohd. Tahir, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9831926609Barcode: 9789831926604
Jumlah Halaman: 208 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2003 Skor

Sinopsis

"Dahulu saya bintang filem, pelakon tv, model, penyanyi dan penghibur popular. Kini saya berhijab walaupun di dapur." -Puan Noor Kumalasari-


Tuhan telah mengemukakan beberapa pendekatan bagi mengolah persoalan akidah dan petunjuk bermuamalah. Salah satu daripada pendekatan itu ialah menerusi kisah-kisah dalam al-Quran. Pendekatan ini adalah antara pendekatan yang menarik diperhatikan. Kadang-kadang seseorang itu beroleh petunjuk dengan mudah, contohnya hanya melalui cerita. Sebuah cerita yang menyentuh perasaan dapat mengubah paradigma insan.

Tuhan bukan setakat memaparkan sejarah itu akan tetapi juga menganjurkan kepada manusia supaya turut meriwayatkan sejarah-sejarah itu. Dalam surah al-A’raf ayat 176, Tuhan menegaskan, “Maka ceritakanlah kisah-kisah itu, supaya mereka dapat berfikir.”

Jan Pishok menulis, “Kehidupan banyak mengajar kita. Kita boleh mengingatinya dan berkongsi kisah suka duka dengan orang lain ataupun kita lupakan sahaja, kemudian suatu masa nanti kita belajar benda yang sama semula.”

Apakah cara yang terbaik bagi mengingati nostalgia silam dan memberi pengajaran, kalau tidak dituliskan dan dikongsi baca dan manfaat dengan orang lain?

Projek penulisan buku Bagaimana Saya Akhirnya Bertudung adalah projek pertama WJIM-PTS bagi memenuhi usaha misi dakwah bil-qalam, yakni berdakwah melalui tulisan. Kami percaya mata pena lebih tajam daripada mata pedang, dengan kata lain dalam era dunia di hujung jari ini, dunia tanpa sempadan, maka ketukan papan kekunci komputer dapat menghentak perasaan dan jiwa, menyalakan semangat supaya bangkit memartabatkan umat dan membela Islam, insyaAllah.

Projek buku ini tercetus dalam perbincangan antara ketua wanita JIM, Dr. Harlina Halizah Siraj dengan Puan Ainon Mohd. dari penerbit PTS pada hari menandatangani perjanjian kerjasama antara JIM dengan PTS di Janda Baik pada Mac 2003. Alhamdulillah berkat sokongan padu wanita yang cintakan dakwah dan Islam, dalam masa sebulan setengah kami berjaya mengumpulkan penulisan yang mengusik jiwa dan maklum balas yang menginsafkan.
Diharapkan pembaca dapat menyelusur, memahami isi hati, set minda dan mengambil manfaat beberapa pengalaman para penulis yang cuba mengamalkan salah satu suruhan Tuhan. Semoga kita lebih memahami dan dapat mengambil manfaat. Sama ada kita sedar ataupun tidak, koleksi penulisan ini memberikan inspirasi, motivasi, mencetuskan cita-cita Islam, memberi dorongan kepada orang lain, menolong wanita lain menghadapi kehidupan yang seakan sama, yang penuh dengan dilema dan konflik. Kita melalui bersama proses itu, kita belajar, kita ulang kaji dan kita mengajar. Dalam pada itu buku ini diharapkan membuka minda dan mencelikkan mata bukan Islam, apakah yang ada di sebalik minda wanita bertudung. Benarkah mereka tertindas, kolot, tertutup minda, pendek fikiran ataupun sebaliknya?

Buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung, adalah koleksi penulisan wanita profesional yang menyedari pentingnya berkongsi pengalaman suka duka mengharungi kehidupan sebagai wanita Islam yang bertudung. Para wanita profesional itu terdiri daripada pelbagai kerjaya seperti pengurus rumah tangga, doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam, pensyarah, guru, konsultan, pelajar-pelajar dalam dan luar negara, bekas artis dan lain-lain. Kisah yang dipaparkan adalah kisah benar, tetapi atas sebab-sebab tertentu ada nama samaran digunakan kerana ada sebilangan penulis dan pemberi maklum balas enggan nama mereka disiarkan. Semoga sumbangan mereka ini diterima oleh Tuhan dan menjadi amal jariah yang memberi pahala yang tidak akan putus sampai kiamat.
Pihak kami menerima banyak maklum balas daripada anggota Wanita JIM, oleh itu bagi tujuan penerbitan sebuah buku motivasi seperti ini, bahan-bahan maklum balas itu dipilih-pilih sesuai dengan konsep dan matlamat penerbitan buku ini. Kepada mereka yang maklum balasnya tidak dipilih untuk diterbitkan dalam buku ini, saya merakamkan peng-hargaan atas maklum balas mereka itu dan sebagai penyunting buku ini saya memohon maaf atas keterbatasan fizikal pada konsep buku ini sehingga tidak dapat menerbitkan semua maklum balas yang diterima itu.

Kebanyakan penulisan dan maklum balas bagi soal selidik dalam projek ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Tanpa pertolongan para penterjemah terampil dan berdedikasi, projek ini tidak mungkin dapat disiapkan mengikut jadual. Saya terhutang budi kepada mereka ini kerana bekerja kuat dan bertungkus-lumus menterjemah dan menyiapkannya menurut masa yang ditetapkan. Syabas, semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus menyumbang untuk Islam dan mereka diberikan ganjaran yang terbaik oleh Tuhan. Mereka adalah Syarifah Maslahah, Dr. Maslin Masrom, Ramona Ali, Azlina Roszi, Rohayati Zabri, Salmiah Majid, Afiza Bani Hashim, Noriah Idris, Halimah Hasan, Azizah Ahmad, Zuraidah Mohamad, Fathin Anuar, Alawiyah dan Salmiah Basir.

Jika terdapat kekurangan dan kesilapan, bagi pihak Wanita JIM saya memohon maaf dan mengalu-alukan teguran dan cadangan bagi memperbaiki mutunya. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Tuhan dan kurang baik itu daripada kelemahan diri sendiri.


Isi Kandungan

Sekapur Sirih
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung Noor Kumalasari
Saya Berteleku di Depan Patung Jesus Zai
Saya Tinggalkan Dunia Perfileman Nor Wati Suleiman
Saya Ditekan Abang-abang Senior FBM
Saya Dipengaruhi Rakan dari Yemen Azlina Roszy Mohd. Ghaffar
Saya Dituduh Bertudung Sebab Hamil Dr. Noraini Raimi
Guru Mempengaruhi Saya Roha Hassan
Bertudung Selepas Mimpi Ngeri ASZ
Saya Takut Dirotan Ustaz Suriza Ahmad Zabidi
Dinasihati Supaya Tidak Mendekati Pelajar DakwahUmi Kalthum Ngah
Selalu Teringat Seksaan Tidak Tutup Aurat Rosliya Abbas
Ibu Membenci Saya Bertudung Ummu Hanan
Saya Tidak Dengar Nasihat Abang Dr. Zaharah Sulaiman
Saya Anak Seorang Kadi Dr. Harlina Halizah Siraj
Kawan dari Pakistan Pengaruhi Saya Fizi Has
Saya Terpengaruh di Semenanjung Dr. Hafidzah Mustakim
Ayah Saya Pejuang Menentang Belanda Endok Sempo Mohd. Tahir
Dipengaruhi Penyanyi Rock Inggeris Umi Kalthum Ngah
Saya Dipengaruhi Surat-surat Kakak Azmi Aminuddin
Saya Dipengaruhi Majalah Nida’ul Islam Zain Azura Abdullah
Saya Berasa Tidak Selamat di UiTM Rohaya Jaafar
Saya Tidak Tahu Mengapa Saya Bertudung Dr. Puteri Yusman
Saya Disindir Hantu Kum-kum Ida Idayu Muhammad
Tudung Menindas Wanita? Mary C. Ali
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung Dr. Katherine Bullock

Contoh Bab
Bertudung Selepas Mimpi Ngeri
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

Buku pertama Mama yang diterbitkan oleh PTS Sdn Berhad, sebuah syarikat penebitan yang sangat popular dengan idea idea penerbitan dan pemasaran buku buku Islam dalam era millenium.

Newer Posts Older Posts Home