Ini adalah muka depan buku bagi projek ketiga hasil usaha Wanita JIM (Jamaah Islah Malaysia) Pusat. Projek buku pertama dalam tahun 2003 adalah “Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung” diikuti dengan “Mengapa Saya Bekerja” pada tahun sudah iaitu 2008.

Artikel yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil penulisan 24 orang penulis ahli JIM (lelaki dan wanita) mengenai ibu masing-masing. Ibu yang tidak semestinya sempurna namun dalam ketidaksempurnaan mereka itu telah dapat menyuntik perangsang dan semangat mendidik anak masing-masing sehingga kami menjadi kami pada hari ini. Bahan bacaan ini akan dapat menjadi panduan bagi bakal ibu, peringatan bagi ibu yang sedia ada, juga pengubat hati, penawar duka, penyejuk jiwa bagi pembaca umum.

Mama menjadi salah seorang penulis dalam buku ini. emak mama bukan calang calang orang, dia ada dalam serba serbi dan oleh kerana itu dia boleh memberikan sesuatu.

Maklumat lanjut tentang buku Ibu Madrasah Pertama Ku ini boleh didapati dengan menghubungi, Roha Hassan (012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379/03-41089669 ---

Emak Aku Adalah ‘Woman Of Substances’
Ir Endok Sempo binti M Tahir-
Esha M & E Consulting Engineer

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Sudah terlalu lama aku pendamkan niat ini. Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, aku sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas. Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa inilah aku terasa benar-benar memerlukan kehadiran emak di sisi.

Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, masa sakitlah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan aku menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih-tindih. Jelas wajah kasih dan simpati emak. Terasa kelembutan sentuhan emak dan motivasi emak mengalir dalam diri.

Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi aku sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja. Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jati diri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.

Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi

Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islam nya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sungai Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek aku. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ‘guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah aku menantu mereka.

Pada tahun 1949, ayah aku menjadi menantu idaman datuk aku. Emak aku, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa dia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak di kala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil se muda itu (anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zamannya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.

Sepatah kata emak, takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan, menghidupkan dan mendidik anak-anak semuanya tidak sia-sia.

Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ‘pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.

Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’

Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu di kala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda.

Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahawa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agama Nya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya.

Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Doa emak hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya yang teramat muda itu. ...



Ibu Madrasah Pertama Ku Akan Ke Udara Di Radio IKIM
InsyaAllah perkongsian oleh para penyumbang penulisan dalam buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku akan ke udara di radio IKIM dalam slot dokumentari jam 10.30 pg, jumaat 15 Mei 2009.
Antara penulis yang akan berkongsi tentang ibu masing-masing dalam slot ini ialah Roha Hassan, Dr Harlina Halizah Siraj, Puan Anfaal Saari dan ibu, Puan Aliza Jaafar serta Ir Endok dan ibu, Hajah Sakinah.


(Rakaman Oleh Team Radio IKIM Yang Diketuai Oleh Puan Fairus Di KJIM)


(Rakaman slot Ibu Madrasah Pertama Ku Oleh Radio IKIM)

Apa tunggu lagi! Dapatkan Buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" untuk mengetahui kisah-kisah 23 orang ibu yang ditulis oleh 25 orang anak. Maklumat lanjut tentang buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ini boleh diperolehi daripada Roha Hassan(012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

BUKU 'MENGAPA SAYA BEKERJA' kini sudah ada dipasaran sejak sebulan yang lepas . Harganya cuma RM18.50 sahaja. Sila dapatkan NASKAH anda UNTUK DIBACA dan kemudian hadiahkan kepada wanita lain yang anda sayangi dam mahukan mereka berjaya di dunia dan akhirat. Wanita itu bukan orang lain, isteri anda, ibu anda, adik2 anda, kakak anda, kawan kawan anda dan sesiapa sahaja yag hampir dengan anda. Kalau anda membahagiakan mereka mereka akan menghormati anda.

Sila dapatkan dari PTS Millenia atau wanita JIM (Pn Murni 03-41073779/03-41089669) atau dari saya 012-2292604....

terima kasih...



Insya Allah buku mama ke 2 diterbitkan PTS aan mucul minggu depan...
komen editor;
Selepas sekian lama menyepi, kini siri inspirasi muncul kembali. Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd, Mengapa Saya Bekerja?
Kali ini, koleksi cerita yang terdapat dalam buku ini lebih fokus kepada kaum hawa. Pelbagai dilema yang dihadapi dalam memilih bidang kerjaya. Sama ada bekerja di luar rumah ataupun sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Ada yang berpendapat, wanita tidak patut duduk di rumah sekiranya mereka ini berjaya memiliki segulung ijazah. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Saudara pula bagaimana?

Sebenarnya, kerjaya adalah periuk nasi bagi sesetengah individu yang mementingkan kerjaya. Wang ringgit tidak hanya datang bergolek tanpa sebarang usaha. Mengapa kita perlu bekerja? Mampukah kita hidup di dunia yang segala-galanya memerlukan wang ini sekiranya tidak bekerja. Namun, kerja menjadi lebih murni apabila disertakan dengan niat semata-mata kerana Allah. Kita hanya berusaha, namun Allah jua yang menentukan banyak mana rezeki yang dapat diberikan kepada hambanya.

Memilih menjadi suri rumah bukanlah disebabkan individu tidak mampu ataupun tidak layak memilih bidang kerjaya. Kemungkinan individu yang sudah berumah tangga memilih jalan ini memikirkan masa hadapan anak-anak dan suami. Mereka tidak yakin ataupun percaya pada pengasuh dan orang gaji. Tambahan pula bermacam-macam cerita yang sering kita dengar kebelakangan ini seperti orang gaji lari, kes dera anak majikan dan pelbagai lagi cerita negatif yang tidak enak didengar dan boleh mendatangkan fobia apabila mendengarnya. Itu baru kes anak-anak, risau pula sekiranya terjadi sesuatu kepada suami.

Sama ada wanita itu bekerja ataupun tidak, bukanlah isu utama dalam meneruskan kehidupan. Ini bergantung pada kemampuan dan kehendak masing-masing. Setiap individu mempunyai pendapatnya tersendiri. Namun, berbekalkan pengalaman suka duka yang diceritakan secara santai dalam buku ini memberi input kepada saudara bagi meletakkan saudara dalam bidang yang mana. Bekerja ataupun tidak bekerja? Buku ini dijangka terbit pada Julai/August ini. Nantikannya di pasaran.
Hasil Perkongsian :Nahddatun Nisaak OthmanEditorPTS Millennia Sdn BhdEmail : nisa@pts.com.myWeb : http://www.ptsmillennia.com.my/


Ini adalah cetakan yang ketujuh....

Selamat membaca dan sila komen itu daripada kelemahan diri sendiri.

Komen dari editor;

“Dahulu saya bintang filem, pelakon televisyen, model, penyanyi dan penghibur popular. Kini saya berhijab walaupun di dapur.”
Puan Noor Kumalasari

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung adalah buku yang diberikan nafas baru. Ia pernah dilancarkan ke dalam pasaran pada tahun 2004. Ia pernah menjadi antara buku PTS paling laris dalam pasaran dengan ulang cetak sebanyak 5 kali berturut-turut.

Buku ini dilawati semula dengan reka bentuk kulit yang lebih segar dan tata susun buku yang lebih menarik.

Ia memaparkan pengalaman suka duka kehidupan wanita bertudung yang diadaptasi daripada kisah benar supaya menjadi pedoman kepada pembaca. Karya-karya yang disumbangkan dalam buku ini adalah hasil garapan wanita profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam, pensyarah, guru, konsultan, pelajar, bekas selebriti dan pengurus rumah tangga.
Pada pandangan saya sebagai editor kepada buku ini, buku ini amat menusuk jiwa.

Kisah perjuangan setiap insan dalam buku ini yang ingin mempertahankan kesucian nilai Islam dalam hidup mereka. Ia perlu dibaca oleh sesiapa yang merasakan dirinya sukar untuk berubah kerana keadaan semasa yang tidak menggalakkan. Bukan suasana yang perlu berubah tetapi diri kita perlu berubah.

Saya berikan 5 bintang buat buku yang hebat ini.

Hasil Perkongsian :Nahddatun Nisaak OthmanEditorPTS Millennia Sdn Bhd
Email : nisa@pts.com.my
----
comment from others;

http://g25sg.blogspot.com/

tuesday, september 12, 2006

over the weekend last week, i went to jb with mak, bibik, kids. along with my cousin and her family together with my sis-in-law and her hubby. i was bored to tears at home, what with my hubby working and aint' much to do at home. so i sms my cousin and off we went to jb. by the time i left home it was already half past 6pm.jam at the causeway - as always, no surprise there. we went to kotaraya and there was a bookstore which we went in. one book caught my attention. a book by ir. endok sempo mohd. tahir. well i have never heard or read a book from this author.

in fact, to tell the truth malay books and novels are not my forte. sydney sheldon, danielle steele, barbara delinsky, stephen king were my favourite authors....malay authors? but what interest me was the title on the book - bagaimana akhirnya saya bertudung.so i bought the book which was wrapped in clear plastic along with few recipe books. i could only read excerpt from the cover book that says - "dahulu saya bintang filem, pelakon televisyen, model, penyanyi dan penghibur popular. kini saya berhijab walaupun di dapur - puan noor kumalasari."

the book is actually an anthology or rather a compilation and stories of different women on their accounts and experiences before they bertudung and what made them finally decided to carry out perintah allah s.w.t. i wanna share with you some extracts from the book that reads :

*kalaulah mereka tahu hanya wanita yang bebas dan dihormati yang diminta bertudung sebagai tanda yang membezakan mereka daripada hamba-hamba sebenarnya, tudung untuk menutup tubuh adalah suatu penghormatan. wallahua'lam.

*tuntutan wajib tidak boleh ditangguhkan walau sesaat pun, kerana mati datang tanpa mengenal usia."walaupun saya yakin tuhan melihat hati dan perbuatan saya tetapi bagaimana mungkin saya menyatakan kepada tuhan, "ya tuhan, akulah hambamu yang mencintaimu dan mentaati segala perintahmu," jika di sebalik kata-kata itu, perbuatan, pertuturan, akhlak dan pakaian tidak menepati tutur bicara saya itu!

*sempurnakanlah pemakaian tudung kita dengan pakaian yang digariskan dalam islam supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang nabi muhammad s.a.w. gambarkan sebagai 'mereka itu berpakain tetapi mereka telanjang.'

*memang benar, tudung tidak melambangkan dan tidak mengukur tahap iman seseorang. namun pemakaian tudung adalah langkah mengisytiharkan kepada dunia betapa saya mahu dikenali sebagai seorang wanita islam yang komited dan serius terhadap agamanya.


Endok Sempo Mohd. Tahir, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9831926609Barcode: 9789831926604
Jumlah Halaman: 208 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2003 Skor

Sinopsis

"Dahulu saya bintang filem, pelakon tv, model, penyanyi dan penghibur popular. Kini saya berhijab walaupun di dapur." -Puan Noor Kumalasari-


Tuhan telah mengemukakan beberapa pendekatan bagi mengolah persoalan akidah dan petunjuk bermuamalah. Salah satu daripada pendekatan itu ialah menerusi kisah-kisah dalam al-Quran. Pendekatan ini adalah antara pendekatan yang menarik diperhatikan. Kadang-kadang seseorang itu beroleh petunjuk dengan mudah, contohnya hanya melalui cerita. Sebuah cerita yang menyentuh perasaan dapat mengubah paradigma insan.

Tuhan bukan setakat memaparkan sejarah itu akan tetapi juga menganjurkan kepada manusia supaya turut meriwayatkan sejarah-sejarah itu. Dalam surah al-A’raf ayat 176, Tuhan menegaskan, “Maka ceritakanlah kisah-kisah itu, supaya mereka dapat berfikir.”

Jan Pishok menulis, “Kehidupan banyak mengajar kita. Kita boleh mengingatinya dan berkongsi kisah suka duka dengan orang lain ataupun kita lupakan sahaja, kemudian suatu masa nanti kita belajar benda yang sama semula.”

Apakah cara yang terbaik bagi mengingati nostalgia silam dan memberi pengajaran, kalau tidak dituliskan dan dikongsi baca dan manfaat dengan orang lain?

Projek penulisan buku Bagaimana Saya Akhirnya Bertudung adalah projek pertama WJIM-PTS bagi memenuhi usaha misi dakwah bil-qalam, yakni berdakwah melalui tulisan. Kami percaya mata pena lebih tajam daripada mata pedang, dengan kata lain dalam era dunia di hujung jari ini, dunia tanpa sempadan, maka ketukan papan kekunci komputer dapat menghentak perasaan dan jiwa, menyalakan semangat supaya bangkit memartabatkan umat dan membela Islam, insyaAllah.

Projek buku ini tercetus dalam perbincangan antara ketua wanita JIM, Dr. Harlina Halizah Siraj dengan Puan Ainon Mohd. dari penerbit PTS pada hari menandatangani perjanjian kerjasama antara JIM dengan PTS di Janda Baik pada Mac 2003. Alhamdulillah berkat sokongan padu wanita yang cintakan dakwah dan Islam, dalam masa sebulan setengah kami berjaya mengumpulkan penulisan yang mengusik jiwa dan maklum balas yang menginsafkan.
Diharapkan pembaca dapat menyelusur, memahami isi hati, set minda dan mengambil manfaat beberapa pengalaman para penulis yang cuba mengamalkan salah satu suruhan Tuhan. Semoga kita lebih memahami dan dapat mengambil manfaat. Sama ada kita sedar ataupun tidak, koleksi penulisan ini memberikan inspirasi, motivasi, mencetuskan cita-cita Islam, memberi dorongan kepada orang lain, menolong wanita lain menghadapi kehidupan yang seakan sama, yang penuh dengan dilema dan konflik. Kita melalui bersama proses itu, kita belajar, kita ulang kaji dan kita mengajar. Dalam pada itu buku ini diharapkan membuka minda dan mencelikkan mata bukan Islam, apakah yang ada di sebalik minda wanita bertudung. Benarkah mereka tertindas, kolot, tertutup minda, pendek fikiran ataupun sebaliknya?

Buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung, adalah koleksi penulisan wanita profesional yang menyedari pentingnya berkongsi pengalaman suka duka mengharungi kehidupan sebagai wanita Islam yang bertudung. Para wanita profesional itu terdiri daripada pelbagai kerjaya seperti pengurus rumah tangga, doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam, pensyarah, guru, konsultan, pelajar-pelajar dalam dan luar negara, bekas artis dan lain-lain. Kisah yang dipaparkan adalah kisah benar, tetapi atas sebab-sebab tertentu ada nama samaran digunakan kerana ada sebilangan penulis dan pemberi maklum balas enggan nama mereka disiarkan. Semoga sumbangan mereka ini diterima oleh Tuhan dan menjadi amal jariah yang memberi pahala yang tidak akan putus sampai kiamat.
Pihak kami menerima banyak maklum balas daripada anggota Wanita JIM, oleh itu bagi tujuan penerbitan sebuah buku motivasi seperti ini, bahan-bahan maklum balas itu dipilih-pilih sesuai dengan konsep dan matlamat penerbitan buku ini. Kepada mereka yang maklum balasnya tidak dipilih untuk diterbitkan dalam buku ini, saya merakamkan peng-hargaan atas maklum balas mereka itu dan sebagai penyunting buku ini saya memohon maaf atas keterbatasan fizikal pada konsep buku ini sehingga tidak dapat menerbitkan semua maklum balas yang diterima itu.

Kebanyakan penulisan dan maklum balas bagi soal selidik dalam projek ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Tanpa pertolongan para penterjemah terampil dan berdedikasi, projek ini tidak mungkin dapat disiapkan mengikut jadual. Saya terhutang budi kepada mereka ini kerana bekerja kuat dan bertungkus-lumus menterjemah dan menyiapkannya menurut masa yang ditetapkan. Syabas, semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus menyumbang untuk Islam dan mereka diberikan ganjaran yang terbaik oleh Tuhan. Mereka adalah Syarifah Maslahah, Dr. Maslin Masrom, Ramona Ali, Azlina Roszi, Rohayati Zabri, Salmiah Majid, Afiza Bani Hashim, Noriah Idris, Halimah Hasan, Azizah Ahmad, Zuraidah Mohamad, Fathin Anuar, Alawiyah dan Salmiah Basir.

Jika terdapat kekurangan dan kesilapan, bagi pihak Wanita JIM saya memohon maaf dan mengalu-alukan teguran dan cadangan bagi memperbaiki mutunya. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Tuhan dan kurang baik itu daripada kelemahan diri sendiri.


Isi Kandungan

Sekapur Sirih
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung Noor Kumalasari
Saya Berteleku di Depan Patung Jesus Zai
Saya Tinggalkan Dunia Perfileman Nor Wati Suleiman
Saya Ditekan Abang-abang Senior FBM
Saya Dipengaruhi Rakan dari Yemen Azlina Roszy Mohd. Ghaffar
Saya Dituduh Bertudung Sebab Hamil Dr. Noraini Raimi
Guru Mempengaruhi Saya Roha Hassan
Bertudung Selepas Mimpi Ngeri ASZ
Saya Takut Dirotan Ustaz Suriza Ahmad Zabidi
Dinasihati Supaya Tidak Mendekati Pelajar DakwahUmi Kalthum Ngah
Selalu Teringat Seksaan Tidak Tutup Aurat Rosliya Abbas
Ibu Membenci Saya Bertudung Ummu Hanan
Saya Tidak Dengar Nasihat Abang Dr. Zaharah Sulaiman
Saya Anak Seorang Kadi Dr. Harlina Halizah Siraj
Kawan dari Pakistan Pengaruhi Saya Fizi Has
Saya Terpengaruh di Semenanjung Dr. Hafidzah Mustakim
Ayah Saya Pejuang Menentang Belanda Endok Sempo Mohd. Tahir
Dipengaruhi Penyanyi Rock Inggeris Umi Kalthum Ngah
Saya Dipengaruhi Surat-surat Kakak Azmi Aminuddin
Saya Dipengaruhi Majalah Nida’ul Islam Zain Azura Abdullah
Saya Berasa Tidak Selamat di UiTM Rohaya Jaafar
Saya Tidak Tahu Mengapa Saya Bertudung Dr. Puteri Yusman
Saya Disindir Hantu Kum-kum Ida Idayu Muhammad
Tudung Menindas Wanita? Mary C. Ali
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung Dr. Katherine Bullock

Contoh Bab
Bertudung Selepas Mimpi Ngeri
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

Buku pertama Mama yang diterbitkan oleh PTS Sdn Berhad, sebuah syarikat penebitan yang sangat popular dengan idea idea penerbitan dan pemasaran buku buku Islam dalam era millenium.



Endok Sempo Mohd. Tahir, Unit JIMedia
Harga: RM 10.00 / RM 12.00 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Halaman: 180 halaman
Tarikh Terbit: Jun 2003

Buku ini adalah kompilasi penulisan wanita JIM yang tersiar sepanjang tahun 2002-2003 di dalam ruangan Wadah Wanita Islam Setiap hari Rabu di Berita Harian yang boleh di layari di http://www.wadahwanita.blogspot.com/